MRSMKT

PENGENALAN



Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu terletak di Kuala Terengganu, terengganu Darul Iman.
Sila rujuk peta di bawah untuk lokasi.




MRSMKT kedudukannya di tepi jalanraya dan berdekatan Wakaf tengah dan bersebelahan Maktab Perguruan Kuala Terengganu.




Berikut adalah beberapa gambar MRSMKT yang diambil  oleh Mr.Jimmy
Surau


Dewan Ibnu Sina

Pagar di pintu masuk


Video di bawah adalah video terbaru di Dewan Ibnu Sina:



Sejarah Penubuhan 
Kredit: http://ansarakter.blogspot.com/2012/11/sejarah-penubuhan-mrsm-kuala-terengganu.html

MRSM Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1978, yang merupakan MRSM yang kelima selepas MRSM Seremban, Pengkalan Chepa, Kuantan dan Kulim. MRSM Kuala Terengganu telah dirasmikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamed pada 1 Julai 1978.


Lokasinya terletak di Wakaf Tengah, Mengabang Telipot, 25 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu. Keluasan keseluruhan kampus adalah seluas 53 ekar dengan kira-kira 80% telah dibangunkan. Struktur bangunan telah melalui tiga fasa perubahan iaitu :

Fasa I – Blok Pentadbiran dan Akademik, Wisma Pelajar dan Surau Fasa II – Asrama Pelajar, Blok Akademik, Rumah Pengetua, Rumah Timb Pengetua HEP dan Rumah IMG Fasa III – Blok Pentadbiran dan Akademik Baru dan Asrama Lelaki Baru

Pengambilan pertama pelajar adalah seramai 157 orang dalam Tingkatan satu pada 1 Mac 1978 dengan 13 orang tenaga pengajar, 3 orang tenaga perkeranian dan 38 orang staf sokongan yang lain.

Pengambilan pelajar adalah berjumlah 150 orang setiap tahun dan mencapai populasi maksimum seramai 750 orang pada tahun 1982. Kumpulan pelajar pertama menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1980 dan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun 1982. Pengambilan pelajar Tingkatan 4 bermula pada tahun 1987 berjumlah 111 orang. Pengetua yang pertama ialah En Khu Khiok Boon yang bertugas pada 15 Feb 1978 – 31 Dis 1979.

Gambar-gambar MRSMKT 
Kredit: Google image dan Blog Xkter

Pelan Kampus





















































Comments

Post a Comment